fbpx

PRN Sarawak: 17,885 kertas undi pos dikeluarkan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUCHING- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan sebanyak 17,885 kertas undi pos kepada pengundi yang berhak melunaskan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, kertas undi awal dikeluarkan hari ini dikendalikan petugas pilihan raya di semua 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Semua kertas undi pos itu merangkumi 16,728 kategori Borang 1A untuk diagihkan kepada petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera, dan petugas media.

“Manakala, sejumlah 365 undi pos lagi untuk kategori Borang 1B melibatkan warganegara Malaysia di luar negara, 679 untuk kategori Borang 1C bagi sembilan Agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan serta 113 Pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara,” katanya dalam satu kenyataan tadi.

Menurutnya, pengeluaran kertas undi awal itu dibuat mengikut Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

“Selain itu, pengeluaran kertas undi pos berkenaan dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding.

“SPR juga mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang pengisytiharan identiti (Borang 2),” jelasnya.

Borang undi awal itu perlu segera dikembalikan kepada Pegawai Pengurus DUN berkenaan sebelum pukul 5 petang pada hari mengundi iaitu 18 Disember depan.

“Pengundi juga diingatkan untuk sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menyebarkannya di laman media sosial,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI