fbpx

Nampak ‘baby bump’ Intan Ladyana ketika menari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kelihatan Intan Ladyana menari ketika berkunjung ke kedai karpet milik Dazrin di Shah Alam, Selangor.

PETALING JAYA – Aksi pelakon Intan Ladyana menari bersama suaminya yang juga pelakon, Harris Alif menerusi sebuah video mencuri perhatian ramai apabila jelas kelihatan bentuk ‘baby bump’ pada perutnya.

Menerusi video yang dimuat naik dalam laman Instagram milik pelakon, Dazrin Kamaruddin itu, kelihatan Intan, Harris, Dazrin dan seorang lagi individu sedang menari sejenis tarian joget tradisional.

Difahamkan video tersebut dirakam ketika aktres berusia 39 tahun itu berkunjung ke kedai menjual karpet milik Dazrin di Shah Alam, Selangor.

“Terima kasih kerana datang @intanladyana, @harrisalif,” tulis Dazrin dalam ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, aksi malu-malu Intan ketika menari menarik perhatian netizen apabila memerhatikan bentuk perutnya yang kelihatan buncit seperti sedang hamil.

Meninjau dalam ruangan komen, beberapa pengguna Instagram telah meninggalkan komen teruja melihat ‘baby bump’ Intan.

“Comelnya ‘baby bump’ @intanladyana,” ujar seorang pengguna Instagram.

“Alhamdulillah nampak ‘baby bump’,” kata seorang lagi netizen.

Pada 7 September lalu, Kosmo! melaporkan bahawa pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew menitipkan doa buat anak dalam kandungan pelakon itu.

Pesanan tersebut diucapkan Ebit menerusi satu hantaran video yang dikongsi suami Intan iaitu Harris Alif dalam Instagramnya semalam.

“Ustaz ada doa tak untuk isteri saya?” tanya pemilik nama penuh Nor Harris Alif Nor Rashid, 22.

Menerusi pesanan Ebit, selain untuk pasangan itu, dia juga mendoakan kesejahteraan buat anak dalam kandungan Intan agar menjadi anak yang soleh dan solehah kelak.

Harris ketika dihubungi Kosmo! Online bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi lanjut dakwaan tersebut namun mahu semua pihak mendoakan untuk isterinya.

Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI