fbpx

Marsyal tanpa polis akan ditangkap serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (kanan) ketika meninjau perjalanan Program Bertemu Pelanggan sambil mengambi peluang beramah mesra dengan orang awam di sebuah pasaraya di Taman Yayasan, hari ini.

SEGAMAT – Polis akan menangkap serta-merta mana-mana pihak yang menjadi pengiring atau marsyal yang mengawal lalu lintas tanpa pembabitan pihak polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tiada kompromi buat pengiring atau marsyal konvoi motosikal berkuasa tinggi yang memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat.

“Penggunaan marsyal dalam sesuatu pertandingan, konvoi atau apa jua program mestilah dengan kehadiran anggota polis.

“Pengguna jalan raya boleh mengingkari perintah marsyal ini sekiranya mereka melakukan tugas-tugas trafik seperti meminta anda memberikan laluan, memberhentikan kenderaan di persimpangan jalan, melencongkan kenderaan anda dan pelbagai lagi.

“Akta Polis 1967 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan dengan memberikan kuasa kepada Pegawai Polis, Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Warden Trafik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengawal lalu lintas di jalan awam,” katanya ketika ditemui pada Program Bertemu Pelanggan di sebuah pasar raya di Taman Yayasan, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau turut meluangkan masa memberikan sumbangan baucer pembelian barangan kepada 20 pesara polis serta balu selain melihat proses pembayaran saman sempena diskaun 80 peratus di kaunter sementara yang disediakan di perkarangan pasar raya itu. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI