fbpx

Layanan buruk, berat sebelah – Verstappen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN memburu kejuaraan dunia pertamanya menjelang perlumbaan terakhir pada GP Abu Dhabi di Litar Yas Marina malam esok. – AFP

ABU DHABI – Pelumba utama Red Bull, Max Verstappen mengakui, dia mendapat layanan buruk dan berat sebelah daripada Formula Satu (F1) berbanding pemandu-pemandu lain.

Pelumba kelahiran Belanda itu kecewa selepas menerima dua hukuman pada perlumbaan GP Arab Saudi minggu lepas melibatkan penalti lima saat selepas berlanggar dengan Hamilton sebelum dia mene­rima penalti 10 saat lagi selepas itu.

Verstappen berkata, terdapat banyak peraturan dalam perlumbaan F1 tetapi hanya dirinya dikenakan hukuman berbanding pemandu-pemandu lain yang bebas daripada didenda meskipun turut melakukan kesalahan sama.

“Saya tidak tahu apa kesa­lahan saya sehingga sering dikenakan denda atas kesalahan kod etika pemanduan yang saya anggap berat sebelah.

“Pemandu-pemandu lain juga melakukan kesalahan yang sama tetapi nama mereka tidak disebut sebagai pelumba berbahaya atau dikenakan sebarang penalti.

“Jadi, saya tidak faham kenapa hanya saya dilabelkan sebagai pemandu yang berlumba secara berbahaya?

“Saya harap situasi tersebut tidak menjejaskan fokus saya menjelang perlumbaan terakhir di Litar Yas Marina nanti,” katanya.

Verstappen menegaskan, perkara itu sama sekali tidak akan mengubah cara peman­duannya menjelang perlumbaan getir merebut kejuaraan dunia F1 pada Grand Prix (GP) Abu Dhabi di Litar Yas Marina malam esok.

Sebagai rekod, Verstappen sedang bersaing dengan jaguh Mercedes, Lewis Hamilton untuk memburu gelaran dunia pertama apabila berkongsi kedudukan tangga teratas menerusi jumlah pungutan 369.5 mata sama selepas 22 perlumbaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI