fbpx

Gerrard buang memori di Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GERRARD mahu memastikan Villa mencatat kemenangan ke atas Liverpool di Anfield malam ini. – TWITTER AVFC

LIVERPOOL – Pengurus Aston Villa, Steven Gerrard mahu memastikan kemenangan buat pasukannya apabila berkunjung ke Anfield menentang Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini.

Kepulangan Gerrard ke Anfield pastinya penuh emosi ke­rana ia pernah menjadi gelanggang keramatnya ketika mewakili Liverpool dari 1998 hingga 2015 sebelum bersara secara rasmi sebagai pemain profesional pada musim berikutnya.

Pastinya perhitungan itu bakal menjanjikan perasaan aneh buat Gerrard untuk melalui terowong pemain di Anfield bersama pasukan lawan, namun kehadirannya kali ini juga mungkin akan mendapat sambutan yang cukup hebat daripada para peminat ke­dua-dua pasukan.

Bagaimanapun, pengendali berusia 41 tahun itu enggan dipengaruhi kenangan lama ke­rana beliau kini menggalas tanggungjawab sebagai pengurus Villa, bukannya Liverpool.

“Saya hanya mahu ke sana (Anfield) untuk memenangi perlawanan,” kata Gerrard.

Seperti yang diperkatakan, Gerrard juga sering dikaitkan bakal mewarisi jawatan pengurus Jurgen Klopp jika pengurus dari Jerman itu tidak lagi berkhid­mat di Liverpool.

Bagaimanapun, Gerrard me­negaskan, beliau tidak menjadikan Villa sebagai batu loncatan untuk kembali ke Anfield sebagai pengurus Liverpool.

“Ia tidak adil buat saya dan pasukan kerana anda sendiri tidak pernah mendengar saya katakan mengenai situasi ini (jawatan pengurus Aston Villa) sebagai batu loncatan,” jelasnya.

Sebagai rekod, Gerrard bermula cemerlang sejak dilantik mengendalikan Villa bulan lalu, beliau berjaya mengemudi kelab tersebut mencatat tiga kemenangan daripada empat perlawanan terakhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI