fbpx

Elon Musk suarakan hasrat berhenti kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musk menyuarakan hasrat berhenti kerja di Twitter miliknya. - CNBC

WASHINGTON – Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, yang juga merupakan individu terkaya di dunia, Elon Musk kelmarin memuat naik satu ciapan di laman Twitter dengan menyatakan bahawa beliau mahu berhenti kerja dan menjadi pesohor media sosial sepenuh masa, lapor akhbar New York Post semalam.

“Saya terfikir mahu berhenti kerja dan menjadi pesohor media sosial sepenuh masa. Apa pendapat anda?” demikian ciapan ditulis Musk, yang tidak disusuli dengan sebarang penjelasan.

Tangkap layar ciapan Musk yang menyatakan bahawa beliau mahu berhenti kerja dan menjadi pesohor media sosial sepenuh masa. – Twitter

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Musk benar-benar serius mahu berhenti kerja.

Beliau yang juga merupakan pengasas syarikat kenderaan angkasa, SpaceX, dalam satu persidangan pada Januari lalu ada menyebut mengenai jangkaannya untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Tesla selama ‘beberapa tahun’.

“Adalah bagus untuk mempunyai lebih banyak masa senggang berbanding hanya bekerja siang dan malam, bermula dari waktu saya bangun sehingga tidur kembali, tujuh hari seminggu,” katanya.

Bulan lalu, Musk bertanya kepada para pengikutnya di Twitter sama ada beliau harus menjual 10 peratus sahamnya dalam Tesla, dengan majoriti daripada pengikutnya bersetuju.

Musk sejak itu telah menjual saham bernilai hampir AS$12 bilion (RM50.55 bilion) dalam syarikat pengeluar kenderaan elektrik tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI