fbpx

Bumbung sekolah sedang dibaiki runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Struktur bumbung SMK Seri Menanti, Muar, Johor runtuh pada Khamis sewaktu menjalani proses baik pulih.

MUAR – Guru dan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Menanti, di sini, kelmarin, dikejutkan dengan runtuhan bumbung yang berlaku di sebuah blok sekolah berkenaan.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kejadian pada Khamis lalu berlaku ketika sesi persekolahan di mana semua pelajar sedang menjalani waktu rehat.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Saya difahamkan dua buah blok sekolah berkenaan ketika itu terlibat dalam proses baik-pulih bumbung ekoran strukturnya yang telah uzur.

“Kerja-kerja menukar bumbung telah bermula sejak sesi persekolahan dibuka dan kedua-dua bangunan tersebut masih belum digunakan lagi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, bagaimanapun runtuhan bumbung hanya melibatkan sebuah bangunan dan pihak sekolah menyerahkan isu berkenaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakan selanjutnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI