fbpx

‘Tolong lanjutkan tempoh, kami nak bayar saman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai merungut selepas gagal mengakses aplikasi tersebut untuk membayar saman sejak semalam.

PETALING JAYA – Rata-rata orang ramai merungut selepas sistem bayaran saman trafik secara dalam talian dan aplikasi MyBayar Saman gagal diakses sejak semalam.

Ia susulan penawaran diskaun 80 peratus bagi saman trafik bersempena dengan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia dari 9 Disember sehingga 12 Disember ini.

Orang ramai yang tidak dapat membayar saman di kaunter diberi kelebihan untuk membayar saman secara dalam talian namun sistem bayaran saman trafik masih tidak boleh diakses sejak bermulanya tarikh penawaran diskaun tersebut.

Menurut maklum balas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Facebook, kegagalan sistem adalah disebabkan aliran trafik yang sangat tinggi ketika ini.

“Kami sedang berusaha sebaik mungkin bagi membolehkan anda membuat pembayaran secara dalam talian sepanjang empat hari tempoh kempen,” katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim menyarankan orang ramai yang gagal mengakses portal atau aplikasi berkenaan supaya berbuat demikian di luar waktu puncak.

Susulan kejadian itu, orang ramai mempersoalkan dan memohon pertimbangan PDRM lanjutkan diskaun saman trafik ini.

“PDRM perlu menaik taraf sistem dalam talian kerana musim musim Covid-19 ini rasa seram juga nak bersesak pergi berbaris di balai polis. Nanti tak pasal pasal je positive Covid-19,” kata @Farissafei.

“Saya sanggup bersengkang mata sampai pukul 5 pagi ni nak bayar saman, tapi masih tidak boleh akses. Tolong la lanjutkan, kami ni nak bayar tapi bila jadi macam ni, sangat kecewa,” ujar @IkmalHishamFaharuddin.

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga PDRM. Saya harap sangat dapat lanjutkan sampai hujung bulan kerana sekarang ini tengah bulan, gaji pun belum dapat,” menurut @afifakashah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI