fbpx

Sindiket pengedaran dadah tumpas , 2 beradik ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMLI Mohamed Yoosuf (kanan) menunjukkan antara dadah yang dirampas susulan penahanan dua suspek adik beradik dalam sidang akhbar di IPK Pahang di Kuantan hari ini.

Oleh DIANA SURYA ABD WAHAB

KUANTAN – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dengan penahanan dua beradik warga tempatan dalam dua serbuan berasingan di daerah ini.

Dalam serbuan di Kota Sas dan Felda Panching di sini Isnin lalu polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan seberat lebih tujuh kilogram bernilai RM392,000.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam serbuan tersebut nilai rampasan dadah dan sitaan harta disyaki hasil kegiatan haram itu mencecah RM1.04 juta.

“Rampasan tersebut termasuk wang tunai lebih RM180,000 serta kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Raptor bernilai RM210,000 dan tiga akaun bank dengan nilai simpanan sebanyak RM258,126.

“Serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang itu sekali gus berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah khususnya di kawasan Felda di sekitar daerah ini,”katanya dalam sidang akhbar di IPK Pahang di sini, hari ini.

Menurut Ramli suspek pertama ditahan kira-kira pukul 11.30 malam ketika berada di dalam pacuan empat roda jenis Ford Raptor di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Kuantan.

Katanya, susulan penangkapan suspek telah membawa polis ke pusat penyimpanan dadah di sebuah rumah di Kotasas Presint 3 di Kuantan yang menemukan satu beg berwarna hitam disyaki mengandungi pelbagai jenis dadah. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI