fbpx

Perak bentang bajet defisit RM50 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani menunjukkan teks ucpan sebelum membentangkan Belanjawan 2022 pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. - FOTO IHSAN Komuniksasi Strategik Perak.

IPOH – Kerajaan negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan 2022 Perak dengan defisit sebanyak RM50 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, belanjawan tersebut dianggarkan RM1.1 bilion dengan RM803 juta untuk belanja mengurus dan RM302 juta lagi bagi pembangunan.

Menurut beliau, belanjawan itu juga dirangka berdasarkan unjuran hasil dan terimaan pembangunan sebanyak RM1.06 bilion.

“Belanja mengurus terdiri daripada perbelanjaan emolumen RM390.2 juta, perkhidmatan dan bekalan (RM296.3 juta), pembelian aset (RM7.2 juta), pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM102.7 juta) dan lain-lain perbelanjaan (RM6.6 juta).

“Bagi mengukuhkan strategi merancakkan semula ekonomi negeri, dana pembangunan tambahan melalui Kumpulan Wang Amanah berjumlah RM47 juta telah disediakan,” ujarnya ketika membentangkan Belanjawan 2022 pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Bertemakan ‘Perak Negeri Berdaya Tahan, Mampan dan Inklusif’, kerajaan negeri menetapkan lima fokus utama dalam memastikan kedudukan kewangan negeri teguh untuk mengharungi situasi pandemik yang tidak menentu.

Lima fokus tersebut ialah menjana semula ekonomi dan mengupayakan sara diri rakyat, memakmur dan mensejahterakan rakyat, mengukuhkan modal insan dan pembangunan sosial, memantapkan tadbir urus dan pendigitalan dan memulihara khazanah alam sekitar.

Jelas Saarani lagi, belanjawan negeri juga akan didukung oleh komitmen kewangan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) untuk terlibat dalam program-program kesejahteraan rakyat termasuk dalam bidang pendidikan, pertanian dan keusahawanan.

Dalam pembentangan sama, Menteri Besar turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM1,000 kepada penjawat awam negeri Perak yang akan dibayar bermula Januari 2022.

Pemberian tersebut merupakan penghargaan kepada penjawat awam yang setia berkhidmat untuk kerajaan negeri sebagai pelaksana dalam memberi khidmat yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI