fbpx

Penangguhan had usia belia dipersetujui PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahami (kanan) ketika menyerahkan memorandum G20 MBM kepada Perdana Menteri di Parlimen semalam. /FOTO IHSAN MBM

PUTRAJAYA – Perwakilan 20 Badan Gabungan (G20) Majlis Belia Malaysia (MBM) menzahirkan rasa gembira apabila Perdana Menteri bersetuju untuk menangguhkan had usia maksimum belia.

Berita gembira itu dimaklumkan menerusi kenyataan akhbar kumpulan berkenaan setelah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri di Parlimen semalam.

“Sehubungan itu, G20 ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri kerana mendengar suara anak muda,” kata jurucakapnya, Fahami Ashrof Badaruddin.

Pada pertemuan tersebut, beliau menyerahkan memorandum selain menyampaikan perasaan terkilan susulan keputusan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada bulan lalu.

Ia susulan pengumumannya di Parlimen pada 17 November lepas berhubung menguatkuasakan pindaan Akta Pertubuhan Belia 2007 bermula 1 Januari depan tanpa ada rundingan dengan MBM.

Isu itu bermula pada 2019 lalu apabila menteri terdahulu ketika era Pakatan Harapan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertindak meminda akta tersebut dengan tiada perbincangan.

Malah, ia tidak seperti dijanjikan iaitu diturunkan secara berperingkat daripada maksimum 40 tahun kepada 35 tahun, tetapi sebaliknya beliau mengubah terus kepada had usia 30 tahun.

Pindaan kontroversi itu bagaimanapun tidak dilaksanakan penyandang selepasnya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican namun diteruskan pula oleh penggantinya, Ahmad Faizal.

Keadaan itu mengakibatkan lebih 60 ahli G20 mengadakan perhimpunan bantahan di depan bangunan kementerian tersebut pada 25 November lalu kerana berasa tertipu dan dihina. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI