fbpx

Pemilik bengkel menangis dengar letupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran yang memusnahkan sebuah bengkel mengecat kenderaan di Jalan Kampung Bukit Nangka, dekat sini hari ini.

KUALA NERUS – Dua pemilik bengkel cat kenderaan mengalami kerugian lebih RM200,000 setelah premis mereka hangus dalam kebakaran di Jalan Kampung Bukit Nangka di sini hari ini.

Kebakaran pada pukul 1.10 tengah hari itu turut memusnahkan lima kenderaan termasuk sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Perodua Alza milik pelanggan.

Saksi kejadian, Atifah Mohd. Wahed, 31, yang menetap bersebelahan premis itu berkata, kebakaran disedari ketika sedang memasak sebelum bertindak pantas keluar mengalihkan kenderaan kepunyaannya.

“Beberapa letupan turut kedengaran menyebabkan saya menangis dan risau kerana kedudukan rumah sangat dekat dengan bengkel tersebut.

“Api terlalu marak, mujur pasukan bomba cepat tiba untuk memadamkan kebakaran sebelum kejadian lebih buruk menimpa,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, salah seorang pemilik bengkel, Mat Zaid Jusoh, 58, berkata, dia dimaklumkan kebakaran tersebut apabila selesai menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid berhampiran.

Dia hanya mampu sebak menyaksikan bengkel kepunyaannya dan seorang lagi pemilik, Awang Harun, 50, musnah dan runtuh menyembah bumi.

“Sebuah kereta pelanggan yang selesai dicat dan sepatutnya akan dihantar esok namun kebakaran ini memusnahkan punca pencarian saya sejak 15 tahun lalu dalam sekelip mata,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Azmi Omar, berkata, kebakaran tersebut berjaya dikawal dalam tempoh 10 minit dan punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI