fbpx

‘Pantang saya duduk seorang, ada sahaja mengurat’ – Sajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang didakwa cuba mengurat Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat baru-baru ini.

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat telah diganggu oleh seorang individu berbadan sasa yang meminta nama dan nombor telefonnya semasa sedang duduk di hadapan sebuah kedai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Sajat di media sosial baru-baru ini, dia sebelum itu dipuji kerana kecantikannya sebelum lelaki berkenaan menganggu dengan meminta nombor telefonnya.

“Saya kalau jalan keluar memang ramai mengurat sampai terkejar-kejar dekat belakang.

“Maaf saya bukan murah, saya mahal tau. Datanglah ‘handsome’ macam mana pun hati saya tetap dekat Jadoos. Pantang saya duduk seorang, ada sahaja orang mengurat,” katanya di dalam video tersebut.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai memuji tindakan Sajat kerana menolak pertanyaan lelaki yang tidak dikenali.

“Sajat benar-benar sangat cantik dan saya gembira lelaki itu menghormati ruangnya dan meninggalkannya sendirian. Perkara begini perlu latih kepada beberapa lelaki yang tidak boleh menangani penolakan,” kata @strwbrrymochis.

“Sajat pun tahu harga diri, yang perempuan luar sana kononnya bercinta dengan lelaki tak guna lepas itu kantoi dia dah bertunang lepas itu nak buat ‘thread’ panjang bash(hentam) lelaki,” ujar @naimazharr.

“Semoga Allah merahmatinya dan memberikan petunjuk kepadanya, saya rasa Sajat sebenarnya seorang yang baik dalam diri,” jelas @nishida. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI