fbpx

MySejahtera Rosmah masih jingga, bicara ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datin Seri Rosmah Mansor.

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi di sini
yang sepatutnya bersambung pada hari ini ditangguhkan pada Isnin depan berikutan status MySejahteranya masih berwarna jingga yang menunjukkan beliau mempunyai kontak dengan Covid-19.

Dalam prosiding hari ini, peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah, memaklumkan anak guamnya hadir tetapi status MySejahteranya masih belum bertukar kepada biru dan perkara itu disahkan oleh pendaftar mahkamah.

Selepas dimaklumkam mengenai perkara itu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan kemudian melapangkan tarikh perbicaraan hari ini dan menetapkan Isnin depan bagi sebutan semula prosiding selain untuk mengetahui sama ada status MySejahtera masih jingga atau sebaliknya.

Kereta Proton Perdana yang dinaiki Rosmah keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram kemudian mencadangkan perbicaraan dijalankan secara hibrid, di mana Rosmah boleh memberi keterangan secara dalam talian sama ada di pejabat peguam mahupun di rumah dengan kehadiran pihak pembelaan dan pendakwaan.

Mendengar cadangan itu, hakim Mohamed Zaini, berkata beliau ada memikirkan perkara itu, namun tiada statut (peruntukkan) undang-undang mengenainya.

“Saya tidak mahu menjejaskan keseluruhan perbicaraan hanya sebab ianya okay pada peringkat ini. Saya mahu lebih berhati-hati,” katanya.

Berikutan itu, hakim Mohamed Zaini kemudian menetapkan tarikh tambahan bagi perbicaraan itu memandangkan masih terdapat dua saksi pembelaan yang perlu memberi keterangan.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 12 hingga 13 Disember ini dan 23 serta 24 Januari depan.

Rabu lalu, mahkamah menangguhkan perbicaraan kes itu berikutan status MySejahtera isteri bekas Perdana Menteri itu menunjukkan beliau mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19.

Terdahulu, Rosmah yang menyambut hari lahirnya ke-70 hari ini hadir ke mahkamah namun hanya berada di dalam kereta jenis Proton Perdana. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI