fbpx

Mohamad Nazri dilantik Ketua Polis Daerah Kampar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash Wahid (tengah) menyaksikan pertukaran tongkat kuasa antara Hasron Nazri Hashim (kiri) dengan Mohamad Nazri Daud (kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Kampar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kampar hari ini. - FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI

KAMPAR – Superintendan Mohamad Nazri Daud secara rasmi menggalas tugas sebagai Ketua Polis Daerah Kampar yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Mohamad Nazri, 47, sebelum ini bertugas di Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (D3) (MAPO/Hubungan Antarabangsa) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Beliau menggantikan Superintendan Hasron Nazri Hashim yang bertukar ke Seksyen Pelaksanaan dan Pemantauan Urusetia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.

Majlis Serah Terima Tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di sini disaksikan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Turut diadakan majlis serah terima tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kampar antara Norazlina Ya’acob dengan Tengku Azlawati Tengku Muda dengan disaksikan Pengerusi Perkep negeri, Datin Nor Qhadhijah Abdul Wahab. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI