fbpx

Mavcom ramal kebangkitan industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jadual penerbangan ke Singapura di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, selepas kebenaran kemasukan pelancong Malaysia ke Singapura bermula bulan lalu. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mengunjurkan kebangkitan se­mula industri penerbangan tahun depan, dengan jangkaan peningkatan trafik penumpang udara sehingga lebih lima kali ganda pada 2022.

Berdasarkan laporan Waypoint yang diterbitkan Mavcom semalam, pertumbuhan trafik penumpang udara tahun ke tahun diramalkan antara 316 peratus dan 525 peratus tahun depan, bersamaan 32.6 juta hingga 49 juta penumpang.

Jumlah tersebut merupakan 30 hingga 45 peratus daripada tahap trafik penumpang udara pra-pandemik pada tahun 2019.

“Sektor penerbangan menunjukkan tanda-tanda pemulihan awal pada bulan September 2021 dengan pertumbuhan trafik penumpang udara sebanyak 56.6 peratus bulan ke bulan, manakala Oktober 2021 merekodkan kenaikan 190.2 peratus bulan ke bulan.

“Kedua-dua bulan tersebut merekodkan 5.3 peratus dan 14.9 peratus daripada jumlah trafik penumpang udara bagi bulan yang sama pada tahun 2019.

“Selain itu, jumlah trafik penumpang udara bagi tahun kewangan 2021 dijangkakan lebih hampir dengan ramalan senario terbaik Suruhanjaya, iaitu antara 6.9 juta dan 7.8 juta penumpang,” katanya.

Pengerusi Eksekutif Mavcom, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, pemulihan penuh sektor penerbangan tidak akan dapat dicapai dalam tempoh singkat dan pemain bermungkinan menghadapi cabaran sukar termasuk kenaikan harga minyak mentah Brent serta bahan api jet, ditambah risiko penularan va­rian Covid-19 yang baharu.

“Bagaimanapun, kami tetap berharap industri penerbangan akan terus berkembang terutamanya apabila kerajaan sedang mempertimbangkan pembukaan semula sempadan ke beberapa negara,” jelasnya.

Sementara itu, trafik kargo udara diramalkan meningkat an­tara 3.9 peratus dan 6.7 peratus tahun ke tahun, iaitu sebanyak 20.8 bilion hingga 21.6 bilion FTK (Freight Tonne Kilometre).

Peningkatan ini disokong oleh kemajuan program vaksinasi, pertumbuhan kukuh dalam sektor e-dagang, sektor elektrik dan elektronik serta permintaan dari­pada rakan perdagangan utama negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI