fbpx

Lebih RM3 bilion saman tertunggak di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan meninjau kaunter pembayaran saman trafik di Balai Polis Trafik Johor Bahru hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Sebanyak RM3.021 bilion saman tertunggak direkodkan Polis Johor membabitkan 10,073,023 keping saman yang telah dikeluarkan pihaknya atas pelbagai kesalahan jalan raya sejak tahun 2000 hingga kini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor, Deputi Superintendan Khairul Azhar Ismail berkata, daripada jumlah itu, saman tertunggak melibatkan warga Singapura adalah sebanyak RM58.07 juta.

Katanya, jumlah itu melibatkan sebanyak 193,583 saman yang dikeluarkan pihaknya terhadap pemandu republik berkenaan.

“Sejak tahun 2000 hingga kini, jumlah saman tertunggak bagi Kontinjen Johor adalah sebanyak 10,073,023 keping saman melibatkan pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan direkodkan termasuk memandu laju, menghalang lalu lintas, melanggar lampu isyarat, tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, ubah suai kenderaan dan mengguna telefon bimbit,” katanya ketika ditemui pemberita di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI