fbpx

Isteri tangkap suami curang, bantu kahwinkan dengan perampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu pergi berjumpa keluarga kekasih suaminya dan meminta izin untuk mengahwinkan mereka. - TikTok

JAKARTA – Seorang isteri yang berjaya menangkap suaminya yang berlaku curang dengan wanita lain bertindak mengahwinkan si suami dengan wanita tersebut, lapor laman berita Suara.com semalam.

Luahan hati wanita itu dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok dengan nama @ayuerizky_ramadhani.

Menurutnya, mereka sudah berkahwin selama 13 tahun, namun suaminya berlaku curang dengan seorang wanita sejak dua tahun lalu.

“Dia mempunyai perempuan simpanan, namun baru terbongkar selepas dua tahun,” demikian kenyataan yang dimuat naik bersama klip video tersebut.

Isteri itu tidak marah, malah dia meminta agar suaminya dikahwinkan dengan wanita tersebut.

Namun, kekasih gelap suaminya itu menangis kerana enggan berkahwin dengan lelaki tersebut.

“Perkahwinan saya sudah dibina selama 13 tahun dan insyaAllah saya ikhlas,” katanya lagi.

Netizen yang menonton video itu kemudiannya membanjiri video itu dengan pelbagai komen.

“Mereka sudah berkelakuan begitu, namun tidak mahu berkahwin, padahal sudah dipermudahkan untuk berkahwin senyap-senyap,” komen seorang netizen.

“InsyaAllah anda layak untuk bersama dengan lelaki yang lebih baik, saya akan doakan,” komen netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI