fbpx

Chelsea terpaksa bayar harga mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WERNER (kanan) gagal membantu Chelsea menewaskan Zenit walaupun berjaya menjaringkan dua gol awal pagi semalam. – AFP

ST. PETERSBURG – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mengkritik aksi sambil lewa dipamerkan barisan pemainnya ketika seri 3-3 dengan jaguh Rusia, Zenit pada aksi terakhir Kumpulan H Liga Juara-Juara di Gazprom Arena awal pagi semalam.

Keputusan itu menyaksikan The Blues terpaksa akur mara ke peringkat kalah mati sebagai naib juara Kumpulan H dan berkemungkinan berdepan gergasi-gergasi Eropah seperti Ba­yern Munich di pusingan 16 terbaik selepas ini.

“Pemain lupa bahawa kami adalah pasukan yang lebih baik. Mungkin disebabkan itu, mereka hilang konsentrasi dan tidak bermain dengan baik sebagai satu pasukan.

“Akhirnya kami dihukum walaupun sudah bermula dengan baik. Perkara ini sudah dua kali terjadi kepada kami bermula kekalahan kepada West Ham United dan sekarang di tangan Zenit pula hari ini (awal pagi semalam),” kata Tuchel.

Chelsea bermula dengan cukup baik apabila Timo Werner membuka tirai jaringan seawal minit kedua sebelum Claudinho menyamakan kedudukan buat Zenit pada minit ke-38.

Juara Eropah itu sekali lagi dikejutkan Zenit menerusi jaringan kedua yang dihasilkan oleh Sardar Azmoun, namun Romelu Lukaku muncul penyelamat apabila meledak gol penyamaan buat Chelsea.

Ketika Chelsea dilihat hampir membawa pulang tiga mata menerusi jaringan kedua peribadi Werner, Zenit sekali lagi membuktikan kemampuan mereka dengan gol penyamaan daripada Magomed Ozdoyev pada hujung permainan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI