fbpx

Bot berlanggar, dua nelayan dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari dua mangsa yang hilang selepas tercampak ke dalam sungai pada malam semalam.

KANGAR – Dua nelayan dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lagi bot di Sungai Tok Kuning berhampiran Jeti Tok Kuning dekat sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, Mohd. Faizal Hisyam Mat Taib, 39, serta rakannya, Abdul Rashid Md. Derus, 43, tercampak ke dalam sungai dan kedua-dua mangsa masih belum ditemui.

Bot dinaiki mereka dikatakan berlanggar secara berdepan dengan sebuah bot fiber yang dalam perjalanan dari muara Sungai Kuala Perlis menghala ke jeti tersebut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 11.49 malam semalam.

“Pasukan bergegas ke lokasi kejadian untuk membuat membuat pemantauan di sepanjang sungai tersebut tetapi tidak menemui mangsa.

“Atas arahan pihak polis, operasi ditangguhkan sementara pada pukul 2 pagi sebelum pencarian disambung pada pagi ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI