fbpx

Belanjawan kecil rencat pemodenan aset ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perolehan sistem peluru berpandu pertahanan udara aras sederhana untuk ATM bakal menimbulkan rasa gerun pada pihak yang ingin menceroboh ruang angkasa negara.
ZAKI SALLEH, WARTAWAN EKSEKUTIF

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu diberikan peruntu­kan yang secukupnya dalam be­lanjawan tahunan agar dapat merealisasikan perancangan pe­modenan yang impaknya adalah kepada rakyat dan negara.

Hal ini kerana, penting bagi ATM wujud sebagai sebuah ang­katan tentera yang kuat kerana andaian keselamatan negara tidak akan tergugat perlu dielak.

Dalam konteks keselamatan secara umum, tiada siapa yang boleh mengandaikan keamanan yang dikecapi hari ini berpanjangan kerana konflik bersenjata sama ada menerusi ancaman dalam negara atau dari luar boleh berlaku pada bila-bila masa.

Sesebuah negara akan mempunyai imbangan dalam melaksanakan diplomasi ketenteraan termasuk dengan negara berjiran sekiranya mempunyai keupayaan pertahanan yang mampu menggerunkan lawan.Belanjawan kecil rencat pemodenan aset ATM

Sebab itu, kemampuan kewa­ngan penting demi memastikan kesiapsiagaan ATM berada pada paras mampu beroperasi sebagai sebuah angkatan lengkap.

Pada Bajet 2022, Kementerian Pertahanan menerima peruntukan RM16.14 bilion, di mana hanya pertambahan terlalu kecil iaitu kira-kira 1.78 peratus berbanding peruntukan tahun lalu.

Tahun lalu, ATM mene­rima peruntukan sebanyak RM15.86 bilion, manakala jumlah yang diterima pada 2020 adalah RM15.6 bilion dan RM13.9 bilion (2019).

Faktor kewangan terhad menyebabkan beberapa rancangan perolehan yang telah disenarai oleh ATM terpaksa ditangguhkan atau diberi keutamaan berdasarkan keperluan-keperluan lain.

Antaranya perolehan sistem peluru berpandu pertahanan udara aras sederhana, pesawat radar amaran awal, sistem artile­ri mudah gerak, kapal sokongan logistik dan pesawat pengangkut taktikal.

Penganalisis pertahanan dan geostrategik, Muhammad Fuad Mat Noor berkata, Malaysia se­perti juga negara berdaulat lain perlu mempunyai keupayaan berdikari dalam aspek pertaha­nan dengan tidak bergantung pada pihak luar.

Katanya, jika pun negara mempunyai kemampuan kewangan yang terhad, namun belanjawan pertahanan hendaklah seimbang dan tidak boleh berkurangan.

“ATM mempunyai keperluan-keperluan mendesak dalam perolehan sistem persenjataan dan ia tidak seharusnya dilewatkan.

“Ini kerana dalam aspek pertahanan, ancaman tidak akan berlaku dengan amaran, jangan terhantuk baru tergadah,” ujar­nya ketika dihubungi Kosmo!.

Tegas Muhammad Fuad, negara perlu mencontohi Indonesia yang meletakkan keutamaan pada bajet pertahanan negara sekali gus menyaksikan pembangunan ketenteraan negara itu berjalan seimbang.

Katanya, Indonesia turut ber­depan dengan situasi pande­mik tetapi pada masa sama tetap melaksanakan perolehan aset-aset ketenteraan termasuk penggantian aset-aset usang.

Penulis laman web pertaha­nan Asian Security Observer, Khoo Jin Kiat pula berharap kerajaan mengoptimunkan Bajet 2022 bagi program pertahanan berimpak tinggi seperti melengkapkan keupayaan tempur pada kapal peronda Kelas Kedah.

Katanya, ATM perlu diberikan bajet pertahanan yang membo­lehkan ia membina ke­upayaan cegah rintang dan pertahanan hadapan yang berkesan.

“Memandangkan cabaran ke atas kepentingan maritim nasional semakin nyata, maka peruntukan untuk membangunkan keupayaan kapal peronda perlu diberi perhatian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI