fbpx

Ayam hidup, sejuk beku seludup bernilai hampir RM1 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayam hidup antara yang dirampas sepanjang tahun ini.

PUTRAJAYA – Cubaan menyeludup 13,281 ekor ayam hidup dan 54 tan keratan ayam sejuk beku dari Thailand telah berjaya dipatahkan di Kelantan sepanjang bulan Januari hingga November tahun ini.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berkata, pihaknya telah menahan kemasukan 54 tan keratan ayam sejuk beku bernilai RM768,000 sepanjang tahun ini yang gagal mematuhi syarat kemasukan telah ditetapkan.

“Maqis turut berjaya merampas 13,281 ekor ayam hidup bernilai RM100,000 hasil serahan daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin.

“Rampasan itu dilakukan dalam cubaan membawa masuk ayam hidup dari Thailand ke Malaysia melalui pengkalan haram tebing Sungai Golok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Maqis, kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Maqis dengan kerjasama agensi penguatkuasaan di sempadan yang lain akan terus komited serta mengambil langkah serius dalam mempertingkat kawalan dan penguatkuasaan di sempadan khususnya di pintu masuk negara.

“Ini bagi memastikan isu melibatkan kawalan penyakit, keselamatan makanan, pengiktirafan halal dan risiko kemasukan perosak berbahaya yang boleh mengancam industri pertanian serta penternakan negara ini dapat dibendung serta dikawal,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI