fbpx

Amaran ribut petir di 4 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Amaran ribut petir serta hujan lebat dikeluarkan melibatkan negeri Perak, Pahang, Johor dan Sarawak yang dijangka berlaku sehingga lewat malam hari ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca buruk itu melibatkan beberapa kawasan di Perak, antaranya adalah Manjung, Kinta dan Perak Tengah.

“Di Pahang, melibatkan kawasan Rompin, manakala di Johor, kawasan terlibat adalah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sri Aman, Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, keadaan cuaca buruk ini dijangka berterusan sehingga pukul 1 pagi nanti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI