fbpx

Wanita hampir lemas minta selamatkan kamera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut terus memegang kayu swafoto miliknya demi mendapatkan rakaman yang jelas meskipun dia hampir lemas dilambung ombak. – TikTok

JAKARTA – Demi mendapatkan rakaman gambar yang jelas dan sempurna, seorang wanita di Indonesia sanggup membahayakan nyawanya dengan bertindak memegang kayu swafoto meskipun dalam keadaan dilambung ombak kuat sehingga hampir lemas, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi satu kilp video yang tular di media sosial, wanita tersebut pada awalnya dilihat sedang merakam gambar menggunakan kamera yang dipasang pada kayu swafoto. 

Tidak lama selepas itu, kelihatan ombak besar menghampiri pantai, dan dalam sekelip mata ombak itu memenuhi kawasan darat sehingga menenggelamkan wanita terbabit.

“Saya berlari mengejar waktu supaya dapat merakam detik-detik ini,” kata wanita tersebut dalam video yang dirakamnya.

Meskipun tenggelam timbul di sebalik air laut yang naik ke darat, wanita berkenaan tetap memegang kayu swafoto dalam keadaan dia tersangkut pada dahan pokok dan akar kayu.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki muncul untuk menyelamatkannya, namun wanita berkenaan meminta lelaki tersebut untuk memegang kayu swafoto miliknya dan terus merakam gambar tanpa membantunya.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen mengenai kejadian tersebut.

“Sempat lagi dia berbuat begitu. Dia fikir dia berada di kolam renangkah?” komen seorang pengguna.

“Pada waktu dia tersepit pada dahan pokok, dia menyuruh orang menyelamatkan kayu swafotonya,” kata seorang lagi netizen. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI