fbpx

Siasat lebih telus isu kartel JIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishamuddin.

PUTRAJAYA – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mahu siasatan dalaman lebih telus berhubung dakwaan isu kartel membabitkan anggota dan pegawai Jabatan Imigresen (JIM).

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hassim berkata, siasatan dalaman itu penting bagi memastikan imej jabatan dapat dibersihkan daripada dakwaan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya juga mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masuk campur dalam siasatan dalaman itu selain pihak jabatan sendiri.

“Siasatan mestilah tertumpu pada segelintir pihak yang disyaki terlibat sahaja dan bukannya melibatkan keseluruhan jabatan.

“Siasatan juga perlu diperluaskan kepada pelbagai pihak seperti vendor dan agensi swasta lain yang terlibat sama dalam perkhidmatan JIM,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, pada 1 Disember lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan telah menerima laporan berhubung kewujudan kartel dalam JIM membabitkan pegawai pelbagai peringkat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pembabitan kartel itu bukan saja berkaitan urusan kenaikan pangkat bahkan juga dikatakan menggunakan pegawai JIM untuk kepentingan mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI