fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa tiga negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat diramal akan melanda beberapa kawasan di tiga buah negeri sehingga pukul 9 malam hari ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca buruk itu akan melanda kawasan Kinta, Perak Tengah, Hilir Perak dan Muallim di Perak.

“Di Selangor, kawasan yang terlibat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

“Selain itu, di Sarawak melibatkan kawasan Sarikei, Sibu, Mukah, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang (Limbang),” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI