fbpx

Polis kesan pemandu lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan sebuah kenderaan melawan arus di Jalan Bukit Rotan, Kuala Selangor

KUALA SELANGOR – Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang dirakam melawan arus di Jalan Bukit Rotan di sini, Isnin lalu.

Tindakan individu itu tular di media sosial menerusi rakaman video berdurasi 21 saat sejak kelmarin.

Berdasarkan rakaman video itu memaparkan pemandu sebuah kenderaan sempat mengelak daripada terlanggar kereta yang melawan arus berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima maklumat itu menerusi laman Facebook (FB) pada pukul 4.05 petang.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.09 petang, 6 Disember lalu (Isnin).

“Kes itu bagaimanapun masih sedang disiasat polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, Ramli menegaskan pihaknya giat mengesan pemandu berkenaan dan meminta kerjasama saksi kejadian supaya tampil bagi membantu siasatan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI