fbpx

Peng Soon cari ‘calon’ ke Paris 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENG SOON menyertai BAM selepas dia dan Liu Ying mengumumkan ‘berpisah’ selepas 13 tahun menjalankan kerjasama. – AFP

PEMAIN beregu campuran negara, Chan Peng Soon dilihat agresif dalam pemilihan pasa­ngan baharu dalam misi memperkuatkan cabaran negara pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Tegasnya, jika dia berjaya menemui pasangan terbaik tidak mustahil dia mampu menyumbang pingat buat negara di temasya sukan terbesar itu.

Kelmarin, Peng Soon yang meraih pingat perak Sukan ­Olimpik Rio (2016) dalam beregu campuran mengumumkan ber­pisah dengan Goh Liu Ying selepas 13 tahun be­kerjasama sekali gus mencari pasangan baharu untuk membantunya melayakkan diri ke Paris 2024.

“Pertama sekali saya perlu mencari rakan sepasukan yang terbaik dan sesuai dengan saya. Mungkin sasaran ketika itu adalah setahun dan selepas itu saya harap mampu kekalkan sehingga 2024 nanti.

“Buat masa ini saya tidak mahu fikir soal ranking. Saya mahu lihat adakah rakan sepasukan baharu saya sesuai atau mampu bekerjasama atau tidak. Ini sangat penting.

“Saya rasa jika semua dalam keadaan baik, ia bukan satu masalah untuk perbaiki ran­king. Kalau berjalan dengan lancar tidak mustahil kita mampu layak dan seterusnya meraih pingat di Paris 2024,” katanya.

Peminat badminton Malaysia mengharapkan gandingan Peng Soon dan Pearly Tan dapat diketengahkan selepas atlet berusia 21 tahun itu mempamerkan aksi hebat dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI