fbpx

Netizen syak IU sedang dilamun cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IU

GARA-gara beberapa buah lagu baharu yang dilancarkannya, penyanyi IU menjadi bahan bualan netizen. Masing-masing mendakwa dia kini sedang hangat bercinta.

Menerusi perbincangan hangat netizen menerusi komuniti dalam talian, timbul spekulasi mengatakan penyanyi bertubuh genit itu sedang bercinta sejak kebelakangan ini kerana kerap menerbitkan lagu berunsur cinta.

IU cukup dikenali peminat dengan keperibadiannya yang gemar menceritakan kisah sendiri dalam lagu tulisannya.

Apa yang membuatkan netizen berteka-teki disebabkan lagu berjudul Strawberry Moon yang dilancarkannya baru-baru ini menceritakan kisah seorang wanita yang dilamun cinta.

Sementara album kelima yang dilancarkan penyanyi itu pada Mac lalu turut mengandungi barisan hit lagu cinta.

“Bukan setakat lagu dia berkisar tentang cinta tetapi sewaktu temu bual, IU bercakap seperti seseorang yang sedang dalam percintaan,” kata seorang peminat.

Rata-rata peminat bagaimanapun memberi sokongan terhadap penyanyi itu andai benar dia sedang bercinta memandangkan usianya sudah menjangkau 30 tahun layak.

Kata peminat, IU juga berhak untuk merasai manisnya percintaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI