PETALING JAYA – Jenama di bawah MR D.I.Y. Group, MR. TOY mengumumkan pembukaan cawangannya yang ke-50 di IOI City Mall, Putrajaya.
Sempena majlis pelancaran yang akan berlangsung selama dua hari bermula 10 Disember ini, kesemua 50 cawangan MR. TOY di seluruh negara bakal mengadakan aktiviti promosi menarik sepanjang bulan ini dengan tawaran diskaun sehingga 30 peratus bagi produk terpilih.
MR.TOY mula diperkenalkan pada tahun 2019 sebagai rangkaian kedai mainan tempatan pertama negara.
Jenama tersebut kini menjual alat permainan berkualiti merentas sembilan kategori termasuk kereta dan kawalan jauh, aktiviti dan kraftangan, sukan dan permainan luar, aksi dan pengembaraan serta pembelajaran.
Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Group, Andy Chin berkata, jenama MR. TOY berhasrat membawakan kegembiraan kepada anak kecil dan ibu bapa dengan menjual alat permainan berkualiti pada harga mampu milik.
“Moto jenama ini, Always Low Prices, Always Fun mencerminkan hasrat kami untuk membantu ibu bapa memperoleh lebih nilai bagi setiap ringgit mereka.
“Dalam tempoh lebih dua tahun selepas pelancaran cawangan MR. TOY pertama di Rawang, kami kini bakal melancarkan cawangan ke-50.
“Kami mahu menyediakan rakyat Malaysia akses yang lebih mudah kepada permainan yang menyeronokkan serta selamat, selain tidak ‘menjejaskan’ poket ibu bapa,” katanya dalam satu kenyataan.