fbpx

MEDAC mahu pengeluaran sijil halal dipercepatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (kiri) ketika melakukan simbolik peletakan tanda halal pada produk Aducktive Food Sdn. Bhd., hari ini. /FOTO ZULFADHLI ZAKI

KUALA SELANGOR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mahu agensi yang terlibat dalam mengeluarkan sijil halal untuk melakukannya dalam tempoh segera bagi membantu para usahawan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya kerap menerima aduan mengenai sijil halal lambat dikeluarkan malah ada yang terpaksa menunggu hingga tempoh setahun sedangkan permohonan mereka sudah lulus.

Katanya, pihak kementerian di bawah Program Pembangunan Keusahawanan Halal turut memperkenalkan banyak program melibatkan halal seperti Halal Outreach Programme For Entrepreneurs dan Halal Technology Transformation Programme.

“Sijil halal bukan main susah hendak dapat. Usahawan minta tolong sijil halal lima hingga enam bulan tidak dapat lagi.

“Kelulusan sudah ada tetapi sijil tidak dapat lagi. Saya tidak mahu tuduh mana-mana agensi tetapi saya hendak minta sijil halal dipercepatkan. Kita mahu bantu usahawan tetapi mengapa lambat,” katanya ketika berucap merasmikan kilang syarikat Aducktive Food Sdn. Bhd. di Kota Puteri, Ijok, di sini hari ini.

Aducktive Food merupakan salah satu syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang dibimbing MEDAC di bawah Halal Technology Transformation Programme yang dilaksanakan oleh SME Corp Malaysia.

Dalam perkembangan berasingan, Noh memberitahu, MEDAC menerusi agensi terlibat akan melaksanakan konsep sewa beli kilang dalam usaha membantu menambah bilangan usahawan Bumiputera sekali gus memperbanyakkan aset-aset usahawan Bumiputera. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI