fbpx

Malaysia miliki undang-undang cukup untuk perangi rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri ke kanan, Timbalan Pengarah Bahagian Penyiasatan, Datuk Izani Wan Ishak; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya and Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Datuk Razim Mohd. Noor.

PUTRAJAYA – Malaysia memiliki undang-undang lengkap berkaitan rasuah namun, undang-undang sahaja tidak mencukupi untuk menghentikan amalan rasuah di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Coalition for Business Integrity, Mark Chay berkata, usaha memerangi rasuah perlu dilakukan oleh semua pihak dan perubahan perlu berlaku di semua peringkat.

Menurutnya, beliau akan sentiasa mengingatkan komuniti perniagaan di negara ini agar tidak terlibat dengan rasuah.

“Hukuman yang ada sudah setimpal dan inilah masanya untuk kita hentikan rasuah. Budaya ini perlu diubah malah, bukan semua perkara perlu kita warisi daripada nenek moyang kita. Jika sesetengah perkara itu tidak baik, ia perlu dibuang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Dialog Hari Antirasuah Antarabangsa yang diadakan di Kuala Lumpur, hari ini.

Dialog dipengerusikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya dan dibantu Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Datuk Razim Mohd Noor dan Timbalan Pengarah Bahagian Penyiasatan, Datuk Izani Wan Ishak.

SPRM menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, dialog itu dianjurkan bersempena Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2021 peringkat kebangsaan yang diraikan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI