fbpx

Liverpool terlalu gah di pentas Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORIGI (dua dari kiri ) meledak gol kemenangan Liverpool menewaskan Milan 2-1 di San Siro awal pagi semalam. – LFC

MILAN – Liverpool mencipta sejarah baharu apabila muncul pasukan pertama dari England berjaya mengekalkan kemenangan 100 peratus daripada enam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini.

Menariknya, kejayaan itu dilakukan dalam saingan Kumpulan B yang dianggap sebagai ‘kumpulan maut’ kerana turut dibarisi jaguh-jaguh hebat Eropah seperti juara Sepanyol, Atletico Madrid, AC Milan (Itali) dan Porto (Portugal).

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tidak dapat menggambarkan perasaannya selepas berjaya memahat sejarah itu menerusi kemenangan 2-1 ke atas Milan meskipun menurunkan skuad kedua pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium San Siro awal pagi semalam.

Klopp membuat lapan perubahan dalam kesebelasan utama dan hanya mengekalkan tiga tonggak seperti Mohamed Salah, Sadio Mane dan penjaga gol, Alisson Becker memandangkan The Reds lebih awal layak ke peringkat kalah mati.

“Perlawanan yang hebat dan saya cukup gembira dengan banyak perkara. Banyak situasi kami bermain baik dan bertahan dengan penuh bersemangat selain mengekalkan corak sebagai sebuah organisasi.

“Saya akui ia sesuatu yang agak memenatkan dengan jadual padat ketika ini. Namun, pemain sentiasa bersemangat untuk menghadapi perlawanan sete­rusnya dan mereka buktikannya hari ini (awal pagi semalam),” kata Klopp.

Sebagai rekod, Liverpool muncul pasukan kelapan dari Eropah berjaya melakukannya termasuk kelab Belanda, Ajax yang turut mengikut jejak mereka musim ini.

Dalam masa sama, Klopp memuji sikap profesional yang dipamerkan Alisson, Salah dan Mane selepas ketiga-tiganya menunjukkan keinginan tinggi untuk beraksi dalam perlawanan itu.

“Kualiti mereka dalam perlawanan ini membawa perubahan ketara. Mo (Salah) meledak gol pertama sebelum Sadio (Mane) mencetuskan jaringan kedua,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI