fbpx

Lelaki maut motosikal kuasa tinggi terbabas dalam gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa naik mangsa menggunakan tali dan pengusung di lokasi, hari ini.

RAUB – Seorang lelaki maut selepas motosikal kuasa tinggi ditunggangnya terbabas ke dalam gaung sedalam 15 meter di Kilometer 1 Jalan Tranum-Bukit Fraser di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu berlaku ketika mangsa, Razali Halimi,49, dalam perjalanan dari arah Raub ke Kuala Kubu Bharu, Selangor.

“Apabila sampai di tempat kejadian penunggang motosikal hilang kawalan ketika melalui selekoh dan terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di sebelah kiri jalan.

“Akibat kemalangan tersebut mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki di bawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, bomba yang bergegas ke tempat kejadian mendapati mangsa berada di dalam gaung sedalam 15 meter.

Katanya, pasukan bomba melakukan operasi mengangkat mangsa naik ke atas dengan menggunakan pengusung dan tali. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI