fbpx

Lelaki marah polis peronda sudah kena tahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan individu tersebut ditahan oleh pihak berkuasa

PETALING JAYA – Susulan video tular seorang lelaki yang memarahi dua anggota polis Unit Rondaan Bermotor (URB) ketika sedang melakukan rondaan di sebuah taman perumahan baru-baru ini dilaporkan telah ditahan pihak berkuasa.

Menerusi satu hantaran Puteri Rimau Naga di Facebook memaparkan anggota polis bersama pegawai tentera menahan dan mengiringi individu terbabit keluar dari rumahnya untuk siasatan lanjut.

Klip video berdurasi dua minit 25 saat itu menunjukkan lelaki tersebut masih memarahi anggota penguat kuasa yang datang ke rumahnya.

Walaubagaimanapun, salah seorang anggota polis cuba menenangkan keadaan dari menjadi keruh sebelum menahan individu itu bagi siasatan lanjut.

Rata-rata orang ramai memuji tindakan pihak berkuasa tempatan yang tenang mengawal keadaan.

“Betapa hormatnya pasukan keselamatan kepada penghina itu dgn tertibnya menunggu diluar sahaja.

“Kenapa tidak boleh masuk rentap dan heret bawak keluar sahaja dari rumah tu terus pergi balai atau nak tunggu pemberita datang dulu kot,” kata Omar Mar.

“Mantap, ini kita mahu, tenang sahaja abang-abang (pihak berkuasa) kita,” jelas Tarmizi Zakaria.

Terdahulu Kosmo! melaporkan satu video tular di media sosial menyaksikan tugas dua anggota polis tidak disenangi oleh seorang penduduk di sebuah taman perumahan.

Menerusi klip video ini, dua anggota polis URB sedang melakukan rondaan di sebuah taman perumahan, namun mereka telah dimaki oleh seorang lelaki.

Kelihatan lelaki tersebut tidak senang dengan kehadiran dua anggota tersebut dan bertindak menghalau pasukan keselamatan itu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI