fbpx

Ketkeophomphone senjata rahsia Laos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETKEOPHOMPHONE akan menjadi sandaran untuk mengucar-ngacirkan benteng Malaysia pada aksi di Stadium Bishan, Singapura hari ini.

PENYERANG Dunkerque yang beraksi di Ligue 2, Billy Ketkeophomphone menjadi sandaran utama buat Laos untuk menghadapi Malaysia pada aksi kedua Kumpulan B Piala AFF Suzuki, petang ini.

Daripada segi pengalaman di pentas bola sepak di Perancis, resume Ketkeophomphone nyata sempurna ketika pemain ini pernah mewakili kelab seperti Strasbourg dan Angers SCO.

Malah, saiz dan fizikal yang baik dimilikinya juga menjadi antara senjata utama pemain ini untuk cuba memecahkan benteng pertahanan Harimau Malaya.

Sejak mula menyertai pasukan, Ketkeophomphone sudah pun beri kesan besar kepada pa­sukan dan situasi itu turut diakui oleh pengendali Laos, V Selvaraj.

“Billy seorang pemain yang cukup baik, malah dia juga sudah pun bawa mentaliti berbeza ketika latihan. Dia cukup rajin dan dia patut menjadi rujukan kepada­ pemain lain.

“Dia ada kemahuan dan kehadirannya turut beri elemen baharu kepada pasukan,” kata Selvaraj ketika sidang media atas talian semalam.

Dalam aksi pertama Laos berjaya memberikan kesukaran kepada pasukan pilihan, Vietnam yang sekadar menang 2-0 dan kali ini Harimau Malaya wajar tampil lebih baik berbanding ketika menang 3-1 ke atas Kemboja.

Satu lagi kelebihan yang bakal dimiliki Laos pastinya sokongan peminat di Singapura kerana Selvaraj adalah warganegara negara itu.

Selvaraj adalah jurulatih ketiga­ daripada Singapura yang me­latih Laos selepas Mike Wong and V. Sundram Moorthy.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI