fbpx

Jungkook guna huruf A hingga Z sebagai nama IG rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNGKOOK

SELEPAS berhempas-pulas menjayakan konsert empat hari di Stadium SoFi, California, Amerika Syarikat baru-baru ini, kesemua anggota kumpulan BTS dilaporkan akan berehat panjang.

Justeru, demi kekal berhubung dengan peminat sepanjang tempoh rehat, mereka dibenarkan membuka akaun Instagram rasmi masing-masing.

Sejak membuka akaun sendiri beberapa hari lalu, perhatian luar biasa ditumpahkan peminat sehingga setiap anggota BTS meraih berjuta pengikut dalam masa singkat.

Di sebalik keterujaan peminat, ada yang berasa terhibur dengan nama digunakan seorang ahli BTS, iaitu Jungkook.

Anggota paling muda BTS atau digelar ‘maknae’ itu dilihat menggunakan nama paling panjang iaitu @abcdefghi_lmnopqrstuvwxyz tanpa huruf ‘j’ dan ‘k’ yang merupakan namanya, Jungkook.

Rata-rata beranggapan, dia terpaksa menggunakan nama unik tersebut kerana ramai peminat sudah mencipta banyak akaun lain menggunakan nama asalnya.

Keadaan itu membuatkan nama Jungkook trending dalam Twitter di seluruh dunia kerana peminat berkata, walaupun identitinya digunakan ramai peminat tetapi dia tidak ketandusan idea apabila memikirkan sesuatu yang unik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI