fbpx

Juara bakal wakili negara ke Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIL FADLI (depan, dua dari kanan) mengesahkan juara kebangsaan akan mewakili Malaysia pada Piala Dunia tahun depan.

SUBANG JAYA – Juara Kejohanan Gusti Lengan Kebangsaan akan membawa cabaran negara ke Piala Dunia Gusti Lengan yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak, Mac tahun depan.

Kejohanan di Hub Rekreasi Tropicana Aman, Telok Panglima Garang pada 11 Disember ini merupakan acara tahunan yang menghimpunkan pemain gusti lengan terbaik dari seluruh negara.

Presiden Persekutuan Gusti Lengan Malaysia (MyArms), Mohd. Zil Fadli Abd Halim berkata, lebih 200 peserta sudah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan kebangsaan yang membabitkan 42 kategori.

“Setiap pemenang kejohanan kebangsaan akan layak untuk mewakili Malaysia ke Piala Dunia. Penyertaan mereka akan ditaja sepenuhnya.

“Ini adalah penganjuran pertama yang diadakan selepas lama tertangguh ekoran pandemik Covid-19.

“Saya harap ia dapat berjalan dengan lancar mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya pada sidang akhbar kejohanan di Sunway Pyramid, Selangor hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI