fbpx

HSDE bantu jana pendapatan suri rumah Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zawawi (dua kiri depan) ketika melancarkan program HSDE hari ini. /FOTO ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Suri rumah di Selangor akan terus dibantu menjana dan menambah pendapatan menerusi inisiatif Halal Suri Darul Ehsan (HSDE).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, idea tersebut diperoleh setelah melihat perlunya golongan ini dibantu untuk menambah pendapatan mereka, lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid-19.

“Insiatif menerusi Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) hanya memerlukan peserta menjual produk makanan halal dari rumah sahaja kepada jiran yang tinggal berhampiran rumah mereka.

“Kerajaan negeri akan membekalkan peti sejuk beku, yang dianggarkan bernilai RM2,000 kepada setiap peserta,” katanya selepas melancarkan program tersebut di Wisma Kohijrah, di sini, hari ini.

Menurutnya, ramai suri rumah yang membuat permohonan bagi menyertai HSDE, namun pihak Kohijrah hanya memilih 56 peserta sebagai permulaan bagi melihat keberkesanan peringkat awal program ini.

Kata Mohd. Zawawi, sekiranya program ini membantu suri rumah, Kohijrah bersedia untuk mengambil lebih ramai peserta.

“Peserta akan dibekalkan produk makanan halal yang dijual peserta Kohijrah daripada program lain untuk dijual kepada orang awam,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI