fbpx

Emoji ‘wajah dengan air mata kegembiraan’ paling popular tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Emoji ‘ketawa sambil menangis’ itu dilaporkan mendahului senarai sekurang-kurangnya sejak 2017. – Getty

MOUNTAIN VIEW, CALIFORNIA – Data yang dikeluarkan oleh sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, Unicode Consortium mendapati emoji ‘wajah dengan air mata kegembiraan’ muncul emoji paling banyak digunakan oleh pengguna online pada tahun ini, lapor akhbar Metro UK semalam.

Emoji dikenali sebagai ‘Tears of Joy’ itu merangkumi lebih lima peratus daripada keseluruhan emoji yang digunakan meskipun terdapat laporan yang menyatakan bahawa ia bukanlah emoji kegemaran generasi Z. 

Emoji ‘wajah dengan air mata kegembiraan’ itu dilaporkan mendahului senarai emoji popular sekurang-kurangnya sejak 2017.

“Sekiranya emoji merupakan sesuatu yang diminati oleh generasi Z, ia tidak akan berada pada kedudukan pertama.

“Disebabkan ramai pengguna menggunakan emoji tersebut, meskipun generasi Z merasakan ia membosankan, itu tidak cukup untuk mempengaruhi senarai berkenaan,” kata seorang penyelidik emoji di Google kepada akhbar New York Times.

Selain emoji ‘Tears of Joy’, emoji ‘bentuk hati’ berada di tempat kedua sebagai emoji paling popular tahun ini.

Unicode Consortium dalam blognya turut memberitahu bahawa 10 emoji yang paling kerap digunakan kekal berada dalam senarai 10 teratas dalam tempoh dua tahun lepas.

Bagaimanapun, terdapat hanya satu perubahan iaitu emoji ‘dua hati’ diganti dengan emoji ‘senyuman dengan tiga hati’.

Selain itu, antara emoji utama yang sering digunakan tahun ini adalah ‘kek hari lahir’ yang melonjak dari kedudukan ke-113 ke tangga ke-25 serta ‘belon’ yang meningkat dari kedudukan 139 ke 48.

Data tersebut turut mendapati bahawa emoji berkaitan pandemik seperti ‘mikrob’ dan ‘picagari’ tidak berjaya berada dalam kedudukan 500 tertinggi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI