fbpx

Elak terjerat tawaran kerja luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Jalil ketika merasmikan sidang kesembilan majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) ke 22, di sini hari ini.

SHAH ALAM – Graduan yang baharu menamatkan pengajian perlu berhati-hati terhadap sebarang tawaran kerja di luar negara yang mengelirukan agar tidak menjadi mangsa sindiket penipuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, perkara itu berlaku terutama ketika tempoh pandemik untuk kerja-kerja seperti Australia dan New Zealand.

“Banyak mereka yang terkandas di negara tersebut akibat ditipu sindiket-sindiket ini.

“Apabila terkandas di luar negara khususnya golongan wanita dan berkemungkinan ingin melepaskan diri terpaksa dijual sebagai hamba abdi seks. Banyak pelajar kita yang ada kes di negara-negara tersebut,” katanya hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan sidang kesembilan majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) ke 22, di sini hari ini.

Justeru, Abd. Jalil menegaskan agar setiap graduan sentiasa mendapatkan rujukan daripada pihak berkenaan yang lebih mengetahui (sesuatu tawaran) dan memberikan nasihat kepada mereka.

Dalam perkembangan berlainan, beliau berkata, golongan pelajar perempuan institut pengajian tinggi (IPT) khususnya menjadi alat sindiket bagi penipuan ‘love scam’ selepas diperdaya dengan ‘kekasih gelap’ mereka yang berada di luar kampus.

“Mereka ini telah dipujuk rayu untuk buat perkara negatif menerusi telefon bimbit seperti membuka pakaian. Jadi, mereka kemudiannya diugut ekoran malu (sekiranya gambar tersebut tersebar) dan terpaksa mengikut arahan kekasih gelap.

“Ada juga disebabkan ingin mengejar status mewah terutama belajar di pusat bandar menyebabkan pelajar IPT memasuki sindiket penipuan online. Jadi, saya minta mereka berhati-hati apa jua pujuk rayu di luar kerana undang-undang tidak kira peringkat umur, latar belakang serta baharu pertama atau dua kali buat (jenayah),” tegasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI