fbpx

Duduk atas pelamin, ramai sangka Siti Nordiana kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR dikongsikan Nana ketika menghadiri perkahwinan rakannya baru-baru ini disalah tafsir ramai peminat.

SEBELUM ini umum tahu bahawa Siti Nordiana mengakui hatinya belum terisi dengan cinta daripada mana-mana lelaki bergelar kekasih.

Tetapi tiba-tiba muncul foto dia memakai persalinan ala-ala Bollywood dan duduk manis di atas sebuah pelamin.

Disebabkan foto tersebut, ramai yang terkejut dan menyangka pelantun lagu Angkara itu selamat melangsungkan perkahwinan. Bukan sahaja netizen, jantung Mizz Lahar juga hampir gugur melihat Nana memakai busana meriah berwarna merah hati tersebut.

Mana tidaknya, sebelum ini kata tidak mempunyai calon lagi tetapi tiba-tiba berkongsi foto atas pelamin.

Selidik punya selidik, rupa-rupanya itu gambar Nana ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan seorang teman rapatnya.

“Perasan menjadi Juhi Chawla. Pinjam pelamin orang, pelamin sendiri belum nampak bayang lagi,” tulis Nana.

Kemudian, lebih terkejut melihat Muhammad Rayyan Nakhaie yang sudah besar panjang bergambar di sisi ibunya.

Dah besar panjang anak teruna penyanyi yang mesra dibahasakan Nana itu. Apapun, ramai yang mendoakan agar giliran Nana untuk duduk bersanding sekali lagi akan tiba satu hari nanti. Amin.

MIZZ LAHAR: Ramai peminat Iman Troye teruja lagu penyanyi kesayangan mereka tercalon dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 36. Sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI