fbpx

‘Dia satu-satunya anak saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHLI keluarga mangsa memegang jenazah Luna Aralyn di HTJ Seremban, semalam.

SEREMBAN – Bayi perempuan berusia empat bulan, Luna Aralyn Amar Ridhwan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuhnya sebelum ditemui lemah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini kelmarin.

Ibu bayi berkenaan, Lilis Handayani Sukran, 24, berkata, dia sedih dengan pemergian anak tunggalnya yang baru dilahirkan akhir Julai lalu.

Ceritanya, ketika kejadian, dia berada di tempat kerja sebelum menerima panggilan daripada pengasuh memaklumkan muka anaknya telah bertukar biru.

“Pengasuh meminta saya segera datang ke rumahnya.

“Ini satu-satunya anak saya dan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik, HTJ di sini semalam.

Sementara itu, bapa saudara bayi tersebut, Nashrullah Mohd. Non, 32, berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda, Jempol.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 4.40 petang kelmarin, bayi terbabit dibawa ke HTJ selepas wanita itu mendapati bayinya berada dalam kea­daan lemah dan pucat serta tiada tindak balas apabila dikejutkan.

Bayi itu disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian.

“Punca kejadian belum diketahui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI