fbpx

Bilik usang ‘syurga’ empat beranak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR MAIZATUL bersama dua anaknya kini menumpang di sebuah bilik usang di Kampung Sungai Rakit, Chalok Kedai, Setiu.

SETIU – Malang menimpa seorang wanita dan tiga anaknya apabila terpaksa berlindung di sebuah bilik usang sejak setahun lalu selepas diarahkan keluar dari rumah kerana tidak mampu membayar sewa bulanan di Kampung Sungai Rakit, Chalok Kedai di sini.

Nor Maizatul Othman, 38, berkata, dia mengalami masalah kewangan ekoran dilanda ke­sem­pitan hidup ekoran pandemik Covid-19 hingga memaksa­nya membawa tiga anaknya tinggal di bilik yang terletak di belakang warung tempatnya bekerja.

Katanya, mereka dibenarkan menumpang di bilik seluas 0.93 meter persegi itu oleh tauke warung tempat dia bekerja atas dasar simpati.

“Saya bekerja di warung itu dengan pendapatan RM500 sebulan dan tidak mampu membayar sewa rumah. Sebab itu kami diarahkan keluar.

“Saya bagaimanapun ber­syukur kerana masih mempunyai tempat berteduh biarpun tidak dilengkapi bekalan elektrik,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Tambahnya, bilik itu sudah usang dengan sebahagian bumbungnya telah bocor hingga me­ngakibatkan kami terkena tempias jika hujan lebat sepanjang musim tengkujuh ketika ini.

Menurut Nor Maizatul, dia berasa kasihan dengan anak-anak yang sudah pasti tidak selesa, namun apakan daya kerana hanya itu yang mampu dia sediakan.

“Saya risau dan tidak lena tidur setiap kali terkenang dengan ancaman haiwan berbisa seperti ular, lipan dan kala jengking dari belukar berhampiran yang boleh mengancam keselamatan mereka empat beranak,” katanya.

Ujar Nor Maizatul, waktu malam mereka hanya diterangi oleh mentol yang menggunakan kuasa bateri dan tidak dapat menonton televisyen kerana ketiadaan bekalan elektrik.

“Saya sejujurnya mengimpikan kediaman selesa untuk keluarga. Harap ada pihak bersimpati yang dapat membantu kami,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan bantuan di akaun bank Bank Simpanan Nasional milik Nor Maizatul bernombor 0211-3410-0009-2684 atau menghubungi di talian
018-916 7465. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI