fbpx

Beto Kusyairy, Que Haidar akhirnya ‘sebingkai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA nama besar, Beto dan Que kembali menjalin kerjasama dalam lakonan selepas 15 tahun lamanya.

SELEPAS 15 tahun tidak berkarya bersama, dua nama besar dalam industri lakonan tanah air iaitu Beto Kusyairy dan Que Haidar akhirnya kembali beraksi dalam sebuah naskhah terbaharu berjudul Lebai Sampan.

“Tahun 2006 sehingga 2021. Melangkau masa setelah 15 tahun bekerjasama, kembali dipertemukan atas kehendak-Nya.

“Walau tak banyak penglibatan aku untuk naskhah ini, namun cukup bermakna bila diberi peluang untuk melepas rindu berpencak bersama Que, seorang pelakon luar biasa,” tulis Beto.

Memang padu habis gabungan dua figura hebat itu. Kedua-duanya memang pelakon metod yang mampu menyalurkan roh dalam setiap persembahan lakonan mereka.

Pasti ramai yang ternanti-nanti naskhah tersebut termasuklah Mizz Lahar sendiri.

Katanya bakal ditayangkan sempena Hari Raya Aidiladha nanti. Tak sabarnya.

MIZZ LAHAR: Drama Kisah Cinta Kita lakonan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson tular dalam TikTok. Nampaknya percubaan pengarah selitkan unsur K-drama menjadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI