fbpx

Bekas penjawat awam menyamar ‘Inspektor Farid’ diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pistol mainan dan peluru hidup antara yang ditemui di rumah 'Inspektor Farid' di Kampung Sungai Ragok, dekat sini semalam.

ALOR GAJAH – Tindakan seorang bekas penjawat awam menyamar sebagai pegawai polis bagi melakukan peras ugut mengundang padah apabila diberkas di rumahnya, di Ayer Paabas, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, suspek yang berusia 33 tahun itu selepas polis menerima satu laporan daripada seorang pengadu mendakwa telah diperas ugut oleh suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.

Jelasnya, suspek telah berjumpa dengannya dan memperkenalkan diri sebagai Inspektor Farid sebelum meminta sejumlah wang bagi menyelesaikan satu kes narkotik membabitkan abang pengadu pada pada 8 Disember.

“Suspek mendakwa akan melepaskan abang pengadu sekiranya membuat bayaran sebanyak RM7,000 atau dibawa ke mahkamah untuk dituduh jika gagal berbuat demikian.

“Pengadu yang terdesak ingin membebaskan abangnya telah menyerahkan wang kepada suspek seperti yang diminta di luar pagar Balai Polis Alor Gajah pada 22 November lalu,” katanya.

Menurut beliau, pengadu menyedari dirinya tertipu apabila mendapati abangnya telah dituduh di mahkamah pada 2 Disember dan cuba menghubungi suspek, namun gagal.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis telah membuat tangkapan ke atas suspek di Jalan Haji Saaban, Kampung Sungai Ragok kira-kira pukul 6 petang dan merampas satu pucuk pistol mainan warna hitam bertulis Glock 19 Austria 9X19 serta satu sarung pistol.

“Selain itu, terdapat sebutir peluru bertulis Remington 12GA, sebutir peluru bertulis Zuber dan satu kelopak kosong dipercayai kelopak senjata SMG HK MP5,” katanya.

Ujarnya, siasatan awal dilakukan mendapati suspek yang masih bujang merupakan bekas penjawat awam dan dibuang kerja atas kesalahan disiplin pada 6 Oktober lalu. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI