fbpx

Apek minta benteng pertahanan lebih fokus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUL FAHMI mengingatkan rakan-rakan sepasukan di benteng pertahanan agar sentiasa fokus pada aksi menentang Laos pada petang ini.

PENJAGA gol utama skuad negara, Khairul Fahmi Che Mat menyeru kepada barisan pertahanan berwaspada dengan penyerang Laos yang berpangkalan di Perancis, Billy Ket­keophomphone pada aksi ke­dua Kumpulan B saingan Piala AFF Suzuki hari ini.

Sebagai rekod, Ketkeop­homphone yang beraksi dalam dianggap sebagai ancaman No.1 dalam usaha skuad negara melakar kemenangan kedua berturut-turut selepas berjaya menewaskan Kemboja pada aksi pertama Isnin lepas.

Khairul Fahmi yang lebih mesra­ dengan gelaran Apek mahu barisan pemain memberikan tumpuan seratus peratus di atas padang selain tidak memandang rendah kemampuan Laos walaupun pasukan itu menduduki ranking ke-185 dunia.

“Kita sudah diberitahu de­ngan kualiti yang ada penyerang Laos, Billy yang memiliki ke­lebihan fizikal yang baik selain memiliki pengalaman beraksi dalam liga utama di Eropah.

“Justeru, saya harap rakan-rakan sepasukan lebih bersedia dengan setiap ancaman yang boleh diberikan bukan sahaja daripada Ketkeophomphone, tetapi jentera serangan Laos secara keseluruhan menunjukkan peningkatan ketara sejak kebelakangan ini,” katanya pada sidang akhbar virtual semalam.

Sementara itu, Apek yang mewakili kelab Melaka United itu turut berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menambah seorang lagi penjaga gol bagi menggantikan posisi Khairulazhan Khalid yang di­sahkan positif Covid-19.

“Saya rasa keputusan untuk memanggil seorang lagi pen­jaga gol tambahan terpulang kepada FAM dan barisan kejurulatihan. Namun, buat masa ini penjaga gol hanya ada dua iaitu saya dan Kalamullah (Al-Hafiz).

“Namun, kita tahu dalam apa sahaja kejohanan, pelbagai risiko yang akan kita tempuh dan saya harap jika ada siapa sahaja yang akan dipanggil bersedia untuk menyahut seruan negara,” kata pemain berusia 32 tahun itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI