fbpx

Ajax bergaya ke pusingan 16 terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HALLER (kanan) muncul pemain pertama yang berjaya meledak 10 gol dalam kempen peringkat kumpulan musim ini sejak edisi 2017/2018. – AFP

AMSTERDAM – Ketua jurulatih Ajax Amsterdam, Erik Ten Hag puas menyaksikan pasukannya mencipta rekod tersendiri dengan melakar kemenangan bersih enam perlawanan sepanjang kempen peringkat Kumpulan C Liga Juara-Juara musim ini.

Pada aksi terakhir menentang Sporting Lisbon awal pagi semalam, gergasi Belanda itu dilihat tidak mempunyai masalah untuk melakar kemenangan 4-2 sekali gus mara ke pusingan 16 terbaik dengan penuh bergaya.

Kata Ten Hag, apa yang dipamerkan oleh pasukan sepanjang peringkat kumpulan kali ini sukar untuk dipercayai tetapi barisan pemainnya telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil dalam dunia bola sepak.

“Sukar untuk menang satu perlawanan dalam kempen Liga Juara-Juara, apatah lagi meraih enam kemenangan berturut-turut. Saya sangat berbangga dengan pencapaian bersejarah kelab pada kempen musim ini.

“Anda boleh lihat pemain berusaha keras sepanjang 90 minit perlawanan untuk memastikan tiga mata diraih pada aksi terakhir di laman sendiri. Fokus selepas ini sudah tentu diberikan untuk persiapan peringkat kalah mati nanti,” ­katanya.

Sementara itu, penyerang Ajax, Sebastien Haller turut teruja apabila meledak 10 gol dalam peringkat kumpulan sekali gus menjadi pemain ­kedua selepas Cristiano Ronaldo mencipta rekod tersebut ketika mewakili Real Madrid pada musim 2017/2018.

“Tiada rahsia bagaimana saya boleh begitu tajam bersama Ajax dalam Liga Juara-Juara musim ini. Saya masih lagi terasa seperti mimpi dan mahu ­terus bekerja keras supaya dapat berikan yang terbaik pada pusingan seterusnya,” jelas Haller. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI