fbpx

8 hari pantang, Wawa Zainal dah berkasut tumit tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAWA ZAINAL bergaya dengan kasut tumit tinggi selepas lapan hari selamat bersalin.

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal membuat orang ramai terpegun apabila kembali bekerja meskipun masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan seorang bayi lelaki pada 30 November lalu.

Dalam satu muat naik video yang dimuat naik pemilik nama lengkap Nur Hawa Zainal Abidin itu dilihat menggayakan baju labuh selain berkasut tumit tinggi dan memandu sendiri ke pejabatnya.

“Hari kelapan pantang dan singgah pejabat sekejap periksa stock perfume (minyak wangi) yang baru mendarat di ibu pejabat,” katanya sebagai kapsyen dalam video yang dimuat naik.

Rata-rata peminat kagum dengan kehebatan Wawa mampu mendapatkan bentuk badan ideal dalam tempoh yang singkat.

“Wow, hari kelapan pantang perut dah hilang. Dahsyat. Anak dah empat pun ‘maintain’ sis,” tulis seorang peminat.

Wawa kemudian membalas komen tersebut: “Sauna dua kali sehari dan bengkung. Ada lagi tu lemak sikit.”

Pun begitu, ada juga dalam kalangan netizen yang tidak setuju dengan tindakan Wawa yang sudah ke hulur ke hilir walaupun belum habis berpantang sepenuhnya.

“Bagusnya habiskan pantang sebab rahim belum pulih sepenuhnya. Kesannya bila dah meningkat umur nanti. Sekadar nasihat sayang. Jangan kecam mama ye,” tulis seorang peminat.

Sementara itu, seorang peminat lain meninggalkan komen: “Waduh, waduh 8 hari pantang saya masih berkain batik lagi sis.”

Terdahulu, Wawa, 30, selamat melahirkan anak keempat 30 November lalu.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI