fbpx

Wanita perlekeh OKU minta maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman memaparkan dua orang wanita berlakon menjadi cacat bagi menggunakan tandas OKU.

PETALING JAYA – Wanita yang semalam tular kerana mempersendakan golongan orang kurang upaya (OKU) tampil memohon maaf malam tadi.

Permohonan maaf itu dibuat melalui satu hantaran di Instagram dipercayai milik salah seorang daripada wanita tersebut.

Kenyataan maaf dari wanita tersebut

Dalam hantaran itu katanya, dia memohon maaf atas tersebarnya video berkenaan dan menegaskan mereka tidak berniat untuk menghina mana-mana pihak.

“Assalamualaikum semua, saya memohon maaf atas khilaf yang video tersebar. Saya memohon maaf kepada semua.

“Lillahitaala tiada niat apa-apa, menghina jauh sekali,” katanya.

Wanita berkenaan turut berjanji akan menjadi lebih baik dan tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.

“Sesungguhnya di balik kata maaf, ada janji untuk menjadi lebih baik dan tak mengulangi kesalahan yang sama.

“Dengan ini lagi sekali saya memohon maaf kepada semua, yang buruk datang dari saya, yang baik datang dari Allah taala,” ujarnya.

Terdahulu, tular rakaman memaparkan dua orang wanita berlakon menjadi cacat bagi menggunakan tandas OKU di sebuah stesen minyak.

Video berkenaan mendapat kecaman daripada orang ramai yang menyifatkan tindakan tersebut bukan sahaja biadab malah memalukan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI